top of page
png-clipart-christmas-lights-s-black-christmas-string-lights_edited.png
Ketupat-vector-ready-for-Eid-Al-fitr-vec
png-clipart-christmas-lights-s-black-christmas-string-lights_edited.png
Ketupat-vector-ready-for-Eid-Al-fitr-vec

HARI RAYA 2021

Sambutan Hari Raya di sekolah tahun ini tidak sama seperti tahun lain. Sambutan Hari Raya di sekolah tahun ini adalah melalui Zoom.

 

Semasa sambutan Hari Raya, guru-guru menayangkan video konsert yang telah dirakamkan dahulu. Video tersebut bermula dengan suatu penerangan tentang erti bulan Ramadan dan Syawal kepada orang Islam. Selepas itu, kami dihiburkan dengan sebuah tarian Hari Raya yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Kelab Tarian Melayu. Pelajar-pelajar juga menyaksikan nyanyian koir oleh pelajar Sekolah Tinggi Anglican yang sangat merdu. Mereka turut memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada kami di Sekolah Changkat Changi. Akhir sekali, para pelajar dapat menonton persembahan Dikir Barat oleh pelajar Menengah 3.

 

Walaupun sambutan Hari Raya di sekolah diadakan melalui Zoom, para pelajar masih dapat mempelajari tentang erti disebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kami beruntung kerana dapat nikmati persembahan yang seronok dan mengghairahkan.

                                                                        - Dazril (2E1, 2021)

bottom of page