top of page

Menengah 3

Pelajar-pelajar Melayu Menengah 3 mempelajari seni dikir barat. Mereka bukan sahaja belajar tentang dikir barat, mereka juga belajar tentang alat-alat yang digunakan untuk dikir barat.

 

Dalam kumpulan dikir barat, ada tok juara dan tukang karut yang menyanyikan lagu dan mengetuai kumpulan. Terdapat juga awok-awok yang menghiburkan penonton dengan gerakan badan dan mengikuti frasa yang dinyanyi oleh tok juara dan tukang karut.

 

Melalui pengalaman Dwiminggu Bahasa Ibunda, pelajar Menengah 3 dapat mempelajari cara menyampaikan suatu persembahan dikir barat. Ada pelajar-pelajar yang dipilih untuk membuat persembahan untuk sambutan Hari Raya di sekolah.  Prestasi mereka semasa sambutan Hari Raya di sekolah pula sangat disukai oleh pelajar-pelajar lain. 

                                -Dazril (2E1, 2021) 

bottom of page